Mengajar mengaji stail dahulu atau sekarang atau ...?



Saya suka bertukar pengalaman dengan tenaga pengajar dan ibubapa yg mahu mengajar huruf hijaiyyah kepada anak kecil.

Menurut seorang guru,
"Saya tak tahu kenapa anak didik saya tak boleh dengan kaedah buku tersebut. Mereka tak boleh 'tangkap'. Walaupun ianya menyantuni huruf yg mudah disebut anak kecil."

Saya katakan begini,
"Kerana itu bagi saya anak kecil yg bermula zero harus diperkenalkan kepada asas yg betul terlebih dahulu. Kenalkan huruf tunggal dengan cara mudah mereka boleh ingat. Kenalkan ketiga tiga baris asas sekaligus (bukan satu satu baris) dan fungsinya dengan cara yg mudah difahami. Barulah didedahkan dengan apa jua jenis buku kaedah yg ada di pasaran. Bila asas huruf dan baris mereka dapat fahami, proses membaca al Quran atau apa jua jenis buku bacaan selepasnya akan menjadi mudah."

"Oh, macam Muqaddam lah?"

"Ya. Saya percaya pada kaedah pembelajaran gaya Muqaddam lama seperti saya belajar dahulu. Tapi, saya murnikan sedikit lagi gaya muqaddam lama dalam bentuk yg menyeronokkan bagi anak anak kecil zaman ini. Atas sebab inilah tercetusnya Kad Imbas Khadijah. Ia adalah berdasarkan Muqaddam lama dalam cara yg up-to-date."



Saya tidak menolak buku kaedah yg bermacam macam gaya di pasaran. Cuma saya ciptakan satu alternatif untuk kad imbas ini datang SEBELUM anak kecil didedahkan kepada apa jua buku kaedah yg pelbagai. Huruf hijaiyyah dengan baris sudah dikira advance. Ia bukan asas lagi.

Seperti anak-anak belajar ABC. Asasnya huruf tunggal. Apabila sudah kenal huruf tunggal barulah diajar mengeja sukukata seperti BA.JU.

Manakala, apabila kita mengajar anak kecil pada awal lagi Ba berbaris atas, Alif berbaris atas bagi Bahasa Arab ianya adalah sukukata yg bukan asas lagi. Jadi, bagaimana anak kecil ini boleh memahami bahasa jika asasnya tidak diajar terlebih dahulu?

Bagi saya, Bahasa Arab tidak memerlukan kaedah fonik. Kerana pada huruf hijaiyyah itu sendiri adalah fonik. Berbeza dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yg boleh diajarkan secara fonik.


Poster Hijaiyyah Suka Mengaji.

Terdapat dua desain dengan dua tajuk pembelajaran.

1. Pengenalan kepada huruf tunggal berdasarkan kesamaan ciri dan bentuk serta cara membunyikan huruf yg betul.

2. Pengenalan kepada 3 baris satu yg asas berdasarkan emoticons (mimik wajah) yg mudah diikuti dan menyeronokkan bagi anak kecil.

Belajar mengaji bukanlah sesuatu yg membosankan sepertimana satu ketika waktu dahulu!

;)




Ulasan

Catatan Popular