Serupa tapi tak sama. Sama tapi tak serupa.



Mengajar anak sendiri di rumah dengan mengajar anak orang lain memang ada perbezaannya. Ada cabaran lebih besar bila mengajar anak sendiri. Sabar perlu ekstra.

Anak lelaki dengan anak perempuan walaupun keluar dari satu tempat yang sama tapi ada perbezaannya. Anak perempuan lebih rajin sedikit. Perlu sabar ekstra dengan anak lelaki.

Contoh 1: Apabila air tumpah, anak perempuan akan segera ke dapur minta kain untuk mengelap. Apabila berlaku pada anak lelaki pula, dia akan suruh adiknya yang perempuan pergi mengambil kain atau membiarkan saja (kerana sedang asyik menonton/bermain).

Contoh 2 : Apabila mengajar mengaji anak lelaki, anak perempuan yang lebih cepat 'menangkap' dan pandai dahulu. Manakala untuk mengajar anak lelaki perlu berfikir dengan cara berbeza untuk mengajarnya dan bertahan dengan kerenahnya.

Contoh 3 : Anak perempuan lebih rajin mengaji dan mudah duduk diam apabila disuruh. Anak lelaki walaupun suka mengaji tetapi memang sukar untuk duduk diam walaupun beberapa kali diingatkan. Lihat saja, siapa yang boleh khatam al Quran lebih awal? Anak lelaki atau perempuan dalam keluarga?
Walaupun begitu keadaannya, tak perlu memperbesarkan kesalahan bukan dosa itu. Memang sudah begitu asal kejadiannya.

Potensi, tabiat dan cara pembelajaran anak anak adalah unik. Tentu saja tidak sama dengan anak orang lain.

Kerana itu amat bahaya untuk kita para ibubapa membanding bandingkan anak kita sendiri dengan anak orang lain. Cukup sekadar kita tahu mereka punya perbezaan dan menghormati perbezaan itu.


Mengajarkan hukum Mad Asli kepada Fatihah (4 tahun) amat mudah dan straight forward.
Tetapi untuk mengajar Fathi (5 tahun) hukum Mad Asli memerlukan imaginasi. Hingga terbentuklah cerita "sentiasa lihat kehadiran gergasi 3 beradik iaitu Gergasi Panjang / Gergasi Kontot, Gergasi Mulut Besar dan Gergasi Kaki Dua"...

Dan teknik penceritaan ini sangat berkesan! Barulah dia dapat duduk diam dan menunjuk pada apa yang dibacanya.

Usah mengajar mereka ikut cara kita faham tapi ajarlah mengikut cara mereka faham.

Usah mengatakan anak tidak pandai walhal cara kita yang tidak betul.

Saya akan kongsikan cerita Gergasi 3 beradik dengan lebih lanjut. Stay tuned!

Ulasan

Catatan Popular