Carilah bekalan yang kekal



Anak-anak usrah saya adalah golongan yg terpilih. Mungkin mereka corot di mata orang lain namun, tidak corot di mata saya.

Dalam usia begini mereka adalah golongan mudah memberontak dan susah untuk masuk ke dalam dunia orang dewasa.

Saya tidak pasti bagaimana mereka sangat mencintai Usrah Cik Jah. Setiap malam meminta untuk adakan usrah. Sungguh, Hidayah dan Taufiq Allah tidak boleh dinilai pada mata kasar manusia.

Usrah Cik Jah pada malam kelmarin sudah habis membaca tafsiran Surah An-Naba'. Setahun yg lalu, Usrah Cik Jah sudah hampir habis keseluruhan bacaan dan kupasan mengenai Hadith 40. Tahun ini, saja Cik Jah mahu memberikan suntikan yg baharu. Seorang demi seorang membacakan satu ayat serta terjemahannya. Bergilir-gilir.. Satu malam (usrah) hanya 10 ayat.

"Apa yg boleh diingat daripada 20 ayat sebelum ini daripada 2 kali usrah kita yg lepas-lepas? Cik Jah nak satu perkataan je. Apa yg kamu boleh ingat?"

"Macam ilusi.. Alah, apa tu namanya??"

"Cuba cari dalam al-Quran, apa nama dia?"

"Ha! Fatamorgana."

"Bagus! Lagi?"

"Malam seperti pakaian. Malam waktu untuk berehat."

"Betu! Lagi?"

"Orang bergaduh tentang hari kiamat"



"Bagus! Bagus semua!

Allah sudah ceritakan di dalam al-Quran manusia akan berbalah dan berselisih tentang Hari Kiamat. Sekarang pun, orang berselisih tentang kedatangan Dajjal. Tapi, Allah cakap apa? Apabila sampai masanya kelak kamu akan mengetahuinya. Jadi, mengapa mesti kita berbalah? Kita memperkatakannya dan kita akan terus berselisih. Sampai bila-bila kita berbalah sebab tiada seorangpun manusia yg betul-betul tahu dan ada ilmu mengenainya. Orang tu cakap gini. Kita dengar gitu. Kita sibuk berselisih dan berbalah lalu, apa persediaan kita menghadapi Hari Kiamat?

Betapa hidup kita ini umpama Fatamorgana. Apa saja yg berbentuk fizikal, di akhirnya apabila kita sampai pada tahap itu sebenarnya ia tiada apa-apa di situ.

Contohnya, apa yg kamu nak dalam hidup ni? Nak kaya?

Baik. Katakanlah kamu berusaha dan beroleh kekayaan hingga boleh makan cucu cicit ciut kamu tak perlu susah bekerja. Harta emas setinggi gunung. Nak kereta apa? Nak awek berapa banyak? Petik jari je terus dapat! Dan akhirnya, kamu meninggal dunia siapa yg akan menghiburkan kamu, siapa yg akan menemankan kamu di dalam kubur yg sempit? Ke kubur kamu boleh dibina seluas banglo kamu sama semasa hidup? Kereta mewah tu boleh kamu bawa masuk dok sebelah kamu dalam kubur? Agak-agak panas dalam lubang kubur kamu masuk kereta buka air-cond?

Contoh lain, yg perempuan suka kecantikan. Semua perempuan nak cantik. Katakanlah memang kamu orang yg tercantik dalam dunia ni. Mana-mana lelaki tengok je mesti cair. Tak make-up pun lagi berganda cantiknya.. Cantik memang tak ingatlah! Agak-agak, akhirnya hidup kamu bahagia tak dengan hanya berbekalkan kecantikan? Kamu boleh dapat kekalkan kecantikan yg sama bila masuk dalam kubur nanti?

Akhir hidup kita semua akan ke mana? Apa tujuan hidup kita yg sebenar? Semua perkara yg kita buat atas dunia ni untuk apa?

Semua manusia pun berusaha sebaik-baiknya untuk hidup dengan senang lenang di dunia. Tak salah cari kekayaan, kecantikan, kejayaan, atau apa saja fizikal dunia yg kita mahukan namun, akhirnya?

Masuk ke dalam kubur semuanya tak dapat ikut kita. Hilang macam tu saja. Itulah maksudnya yg hidup ini fatamorgana. Sampai satu peringkat kita boleh kecapi apa yg kita mahukan tapi sebenarnya, bila dah sampai tahap yg kita idamkan itu nak pegang pun tak dapat. Hilang macam tu je.

Jadi, apa yg kita boleh cari dan bawa bersama dalam kubur nanti? Siapa sebenarnya yg temankan kita bila masuk kubur nanti?"

"Pahala."

"Amal kebaikan."

"Al-Quran"..

"Bagus! Al-Quran saja peneman kita. Awek/Pakwe boleh temankan kita ke? Kata setia hingga hujung nyawa?" *Cik Jah angkat kening*

Jadi, buat apa kita cari di dunia ni yg akhirnya tak beri manfaat pada kita bila kita dah berpindah alam nanti? Kenapa kita nak bersusah payah buat sesuatu hingga akhir hayat semata-mata untuk sesuatu yg tak dapat temankan kita dalam kubur nanti?

Malah, menambahkan beban dan menyempitkan rumah kita dalam kubur tu?

Misalkata ek.. Tiap-tiap hari kamu update status. Ok, hari ni saya di sini.. Petang pulak di sana.. Tiap-tiap masa kamu update makan apa, buat apa, dating pun update.. Tiba-tiba satu malam kamu tidur esok paginya kamu dah tak boleh bangun lagi. Kamu nampak semua orang dok menangis, mandikan kamu, sembahyangkan kamu. Eh, tiba-tiba bawak ke kubur pulak dah. Ada lubang tanah dikorek untuk kamu. Masa tu agak-agak kamu boleh update status : "Selamat tinggal semua, jaga diri baik-baik.. Saya nak masuk tanah.."

Lepastu dah timbus dalam tanah, gelap. Kamu sorang-sorang. Tak biasakan sorang-sorang.. Cari henfon nak update nih.. Agak-agak masa tu boleh update status : "Saya nampak ular besar. Jangan jadi macam saya. Jagalah solat sebelum menyesal dalam kubur macam saya..huhu.."

Boleh?

(Masing-masing termangu memandang lantai. Menggeleng-gelengkan kepala.)

Cik Jah baru kehilangan bapa saudara. Cik Jah tak sempat tengok dia. Tak dapat tengok jenazah dia buat kali akhir. Cik Jah terfikir nanti akhir hayat Cik Jah sempat tak Cik Jah minta maaf pada semua dan lihat orang-orang yg cik jah sayang buat kali terakhir? Dan bagaimana hidup cik jah bila dah masuk kubur nanti? Boleh ke cik jah atasi rasa kesunyian tu seorang diri dalam kubur, tiada lagi anak-anak, tiada lagi ibu ayah, tiada lagi sesiapa temankan kita di sisi?

Kerana itu jangan pernah hidup atas dunia ni tanpa Al-Quran. Kerana al-Quran saja yg boleh jadi sumber cahaya kita dalam kubur. Kita takkan sunyi dan gelap dalam kubur. Malah, al-Quran lebih menyeronokkan berbanding Henfon dunia yg boleh update status tiap masa tu.


**bersambung..

Ulasan

Catatan Popular