Mengajar anak istimewa perbezaan huruf hijaiyyah & jawi





Pengalaman saya yg paling indah diingati beberapa tahun lalu. Kad yg disusun sebaris memanjang dari depan ke belakang kelas itulah yg paling saya ingat tak pernah lupa akan keunikannya.

Sebenarnya, tak kira anak yg ada masalah pembelajaran atau tidak, pada saya ajar saja mengikut isunya dan caranya yg unik.

Jika dia buat sesuatu mengikut gayanya, biarkan saja.. Keunikan anak2 perlu diraikan. Sentiasa fokus pada jalan keluar bukan membesarkan kekurangannya yg tidak sama dengan gaya orang lain.

Tidak dapat hari ini tak mengapa, kita usaha lagi sehingga berjumpa pesen gayanya yg tersendiri.
Gaya. Mutu. Keunggulan... Gituh..

Anak istimewa.

Pagi ini teringat saya kepada bekas anak murid yg mempunyai isu pembelajaran ADHD. Umurnya 8 tahun.



Semasa pertama kali mengajarnya amat susah mendapatkan perhatiannya. Tidak mampu duduk diam.
Dan sangat banyak alasan untuk membuka buku.
Saya bertanyakan asas jawi kepadanya. Apakah perbezaan huruf hijaiyyah dengan jawi?

Dia menggelengkan kepalanya lemah. Masam mencuka. Tidak mahu memandang saya langsung.

Saya tidak memaksa apabila dia kelihatan penat dan tiada mood setelah seharian berada di sekolah tahfiz pada siang hari.

Sedang saya mengajar murid murid yg lain, saya minta dia menyerakkan KIK di atas lantai yg luas.

Saya menyuruhnya tutup buku dan simpan saja dalam beg.

Setelah dia nampak banyak kad imbasan dengan gambar gambar yg menarik itu buat pertama kalinya, dia kelihatan sangat teruja!

Matanya sudah tidak nampak kuyu lagi seperti tadi.

Saya memintanya menyusun kad dari alif hingga ya.

Saya katakan, "Harini kita main susun kad!"

Dia tidak sabar mahu "main".

Ada murid lain 7 tahun (lebih muda darinya) juga mahu "bermain" sama..hehe.. Segera dia menghalang dan marah.

Tak apa.. Saya pujuk anak peremuan 7 tahun itu. Dia hanya terlentang melihat di tepi saja.
(Hehe.. macam macam perangainya bila tak puas hati).

Saya perhatikan, anak yg mempunyai masalah pembelajaran berfikir sangat straight forward. Tidak mampu berfikir di luar kotak.

Jadi, arahan juga harus spesifik satu persatu dan perlu ditunjukkan bukan sekadar kita memberi arahan dari jauh.

Dia mula menyusun. Ada huruf yg dia ingat, ada yg tidak. Saya hanya membantunya mengingati huruf berdasarkan ciri huruf yg terdapat sama dengan gambar.

Ternyata dia boleh menyusunnya dengan betul semuanya walaupun agak lambat tetapi disusunnya memanjang sepanjang keluasan lantai yg ada walhal murid lain boleh saja menyusunnya pendek pendek. Hihi..

Setelah selesai menyusunnya, satu kelas memberikan tepukan gemuruh untuknya. Dia tersenyum bangga!

Saya memuji usahanya yg memang nampak jelas kesungguhannya, tutup mata pada semua rungutannya tadi.

Saya katakan, "Ini semua adalah huruf HIJAIYYAH. Huruf yg kita baca dalam al Quran. Beza dengan jawi ada tambahan lagi 6 huruf yg bukan huruf al Quran. Nak tahu tak 6 huruf tu apa?"

Dia mengangguk laju bersemangat!

"Jom kita tengok dalam buku. Apa 6 huruf tu ek..."

Tanpa berlengah, dia segera mengambil buku dari dalam begnya.

.
.
.
Problem solved. Selepas itu, berikan dia lebih kefahaman dengan menulis beza & banding antara kedua duanya.
.
.
.
Adakala, anak anak banyak emosinya setelah seharian penat belajar. Hormatinya. Jangan sesekali memperlekehkannya.

Tidak perlu membebel atau marah marah. Sentiasa berkreatif, fokus untuk menawarkan jalan keluar.

:)


#diaricikjah
#sukamengaji
#hijaiyyahVSjawi

Ulasan

Catatan Popular