Kad Imbas Khadijah 2



Pengalaman menerbitkan Kad Imbas Khadijah ini sangat ....... 

Priceless.

Ia menelan dan menunggang balikkan begitu banyak hormon dan darah yg ada di dalam tubuh ini.

Namun, saya menerimanya dengan berlapang dada. Ia sebahagian dari proses pembelajaran saya yg tidak pernah terhenti di atas muka bumi Allah ini. Saya hanyalah seorang hambaNya yg serba kekurangan dan selalu tersilap melakukan kesilapan. Hanya dengan kuasa Allah saja yg dapat menembusi segala sesuatu walau ia sesulit mana sekalipun.

Saya sudah kongsikan sebelum ini mengapa saya 'bermati-matian' mahu kad imbas ini dihasilkan walaupun banyak halangannya.

Setelah lama saya menemui titik koma dalam urusan ini (di mana saya mahu cari Printing yg boleh berikan sebutharga yg berpatutan), akhirnya saya diperkenalkan dengan Printing di Ipoh, Perak yg telahpun memberikan sebut harga 'dalam bajet yg ada' ini.

Dengan cetakan colourfur depan dan belakang kad, saiz kad, termasuk covernya lagi yg banyak menggunakan warna, memang kos mencetak (yg melibatkan warna warni) menjadi sangat mahal!

Ia berbeza sama sekali dengan cetakan hitam putih depan dan belakang kad.

Ditambah pula situasi semasa sekarang yg semuanya sudah naik harga. Tidak boleh dianggap harga printing juga tidak ada kena mengena.



Setelah saya bersetuju dengan sebut harga tersebut, saya membuat tempahan untuk 100 cetakan sahaja. Kerana itulah sangkaan dan target saya pada permulaan lagi memandangkan saya tidak yakin ada orang ramai yg mahu membelinya. Tambahan pula, 100 cetakan itu pun saya perlu korek semua tabungan saya yg ada ditambah dengan tabungan anak dan ibu saya sendiri sebagai deposit awal.

Ia agak menyayat emosi (perubahan hormon pertama) apabila kita terpaksa menggunakan tabungan anak-anak untuk kepentingan / urusan kita sendiri. Saya berjanji akan menggantikan semula duit anak-anak dan ibu saya ini.

Setelah saya mula menerima pre-order dengan deposit RM10 seorang, saya mula mendapat 'rentak' namun, saya menjadi semakin cuak dengan permintaan yg semakin banyak. Dengan PM yg masuk di kotak FB, saya agak menggelabah mengurusnya seorang diri buat pertama kali. Dalam masa kurang 2 hari permintaan yg masuk melebihi 150 set!

Ditambah pula saya ini bukanlah kaki FB/internet yg rajin. Saya hanya online sekejap-sekejap saja kerana saya bekerja bersama anak-anak 3 orang di sisi 24/7 yg memerlukan perhatian. Saya tiada 'ofis khas'. Rumah menjadi tunggang-langgang..haha..

Allah permudahkan lagi urusan saya dengan lamaran seorang kenalan di FB yg tidak pernah bersua muka dan jauh di KL, Puan Hainey Sulaiman.

Dengan hadirnya suntikan modal dan bantuan profesional dalam bidang perniagaan, saya merasakan Allah menurunkan bantuanNya melalui Puan Hainey yg berhati mulia. Banyak saya belajar daripadanya. Terlalu banyak. Walaupun terlalu banyak kesilapan yg saya lakukan, beliau masih berlapang dada.

Saya ini ibarat bidan terjun saja dalam bidang jualan online. Barulah yg saya sedar saya ini belum bersedia sepenuhnya. Ini kerana saya sama sekali tidak menyangka kad imbas ini boleh terjual lebih 100 set bagi cetakan pertama ini.

Setelah tempahan kepada Printing diubah menjadi 200 cetakan, setiap hari saya bertanya bilakah boleh mula dicetak. Namun, saya tidak mendapat jawapan yg pasti.

Tiba-tiba, kami sedar sesuatu yg melibatkan masalah gambar dan hakcipta.

Pada awal dahulu, memang saya mahu mencari pelukis/ilustrator yg boleh melukis apa yg saya mahukan. Namun, saya tidak mengenali sesiapa yg berminat untuk bekerjasama. Maka, saya gunakan saja gambar yg ada melalui Google Image walaupun ianya bukan sepenuhnya seperti apa yg saya mahukan.

Namun, setelah berbincang bahawa ianya suatu yg kurang beretika kerana mengambil gambar yg bukan kepunyaan asal kita walaupun dari segi Printing ia berpandangan tidak ada apa-apa yg salah. Saya akur kerana ianya adalah benar dan saya sudah tersilap perhitungan.

Mujur Puan Hainey mengenali dan boleh meminta pertolongan pantas dari sahabat baiknya sendiri, Cikpuan Elma Adura.

Cikpuan Elma Adura amat memahami situasi genting kami. Beliau dapat menyiapkan semua lukisan termasuk cover dalam masa 5 hari saja. Betapa gigihnya beliau, saya sangat mengkaguminya!

Kerana untuk mendapatkan khidmat ilustrator profesional bukanlah murah dan mudah. Dan bukanlah sewenang-wenangnya boleh minta siap melukis dalam masa yg singkat sebenarnya. Kami berdua amat terhutang budi kepadanya.

Setelah selesai isu hakcipta dan gambar, saya terus bertanya bilakah kad imbas ini boleh dicetak? Namun, sekali lagi tiada jawapan yg pasti.

Hari berganti hari. Hari hari yg berlalu saya niatkan ke atas kaffarah ujian kesabaran yg paling tinggi dalam hidup ini. Tidur tak lena. Duit orang ramai sudah lama dipegang. Namun, tiada khabar berita sedikitpun. Sudah banyak emel dan mesej dihantar, panggilan dibuat namun tiada yg berjawab.

Perubahan hormon kali ini memang lebih tinggi dari mana-mana perubahan hormon seumur hidup saya!

Saya pasrah. Bahawa setiap kali manusia berusaha dan cuba berlawan dengan masa, pasti manusia itu akan kalah. Sebaiknya, masa yg ditetapkan manusia tidaklah boleh dipastikan dengan masa ketentuan Allah. Serahkan semuanya. Lepaskan semuanya hanya kerana Allah!

Laa hawla wa laa quwwata illa billah...

Daripada duit deposit yg pertama bertarikh 13 / 11 /13 hingga ke tarikh 10 /12 /13 masih tiada apapun berita sedikitpun. Langsung!

Hati ini Allah saja yg tahu. Saya tidak boleh tidur lena sudah sebulan lamanya. Saya tidak boleh pegang duit orang lama-lama. Saya takut!

Lalu, Tuan Suami memberikan cadangan. Mengapa perlu tunggu orang lain hinggakan kita tidak boleh bergerak ke mana-mana???? Sampai bila kita yg harus menunggu?

Soalan itu mencabar saya!

Tambah Tuan Suami lagi, selesaikan isu sebenar. Duit orang jangan dipegang lama-lama. Ia tetap menyalahi etika dan akhlak.

Jika Kad Imbas yg tidak guna kotak, tidak bolehkah? Soal Tuan Suami.

Fikirkan apa-apa yg boleh menggantikan kotak. Manakala, kad-kad kecil itu boleh di print saja di mana-mana. Cari harga yg masuk bajet.

Ya, isu sebenarnya adalah dari dulu saya mencari Printing yg boleh beri harga mencetak yg berpatutan  siap dengan kotak untuk menyimpan kad-kad kecil itu. Kerana kebiasaannya, semua kad imbas datang dalam bentuk kotak yg berwarna-warni.

Tidak ada tempat printing (di sini) yg saya jumpa boleh buat sekali dengan kotak. Saya sudah menjadi poyo kerana berfikiran untuk menyimpan kad-kad itu semestinya menggunakan kotak.

Lalu, dengan masa 3 hari saya ke hulu ke hilir, keluar masuk satu kedai ke satu kedai bersama anak-anak bertiga dengan bantuan ibu saya memegang anak dalam kereta dalam usaha mencari harga terbaik yg boleh saya dapatkan secepat mungkin.

Hingga pada satu ketika (semasa keluar masuk kedai) saya terpandangkan sebuah beg kecil (beg PVC bersaiz A5) di sebuah kedai alatulis. Subhanallah!

Saya bertanya harga itu ini. Banyak kedai saya keluar masuk. Dengan waktu masa yg terhad. Anak-anak sudah bosan tunggu di dalam kereta. Ada yg sudah kelaparan, ada yg mahu terkucil, ada yg sudah tidak boleh duduk diam lagi walau 1 saat!

Perubahan hormon sekali lagi berlaku apabila saya masuk ke kedai untuk bertanya harga namun terpaksa menunggu lama kerana mereka mahu berbincang dengan bos besar. Di ketika itu, dari jauh saya melihat ibu saya yg sudah tua memegang cucu-cucunya seorang diri di dalam kereta. Tiga orang di belakang yg tidak boleh duduk diam dan melompat-lompat hingga bergegar kereta manakala ibu saya di stereng depan memegang si kecil fahmi yg menangis meronta-ronta mencari saya.

Hati kecil ini amat sedih melihatkannya.
.
.
.
.
.

Alhamdulillah, setelah berfikir dan berfikir dan bertanya ke sana sini, akhirnya saya berjumpa dengan seorang kawan lama kepada ibu saya. Suaminya adalah Freelancer Printing dan punya akses yg baik dengan kilang percetakan. Sudah lama terputus hubungan dengannya sejak mereka sudah berpindah ke perumahan baru. Namun, akhirnya ada seseorang yg cam nombor plat keretanya dan terus saja menuju ke rumah yg di depannya ada nombor plat kereta yg dikenalinya sejak dahulu lagi. Begitu sekali saya bertemu jodoh dengan Printing yg baik hati ini.

Mujur memang orang yg dicari adalah betul! Saya menerangkan situasi sebenar. Sebutharganya pun berpatutan dengan masa kritikal yg saya perlu terbitkan.

Akhirnya, saya terpaksa menarik 100 set cetakan daripada Printing di Ipoh, Perak. Dan hanya kekal dengan tempahan 100 cetakan set sahaja.

Manakala, 100 set (yg sudah cancel di Ipoh) saya cetak dengan Printing di Johor dengan ijtihad sendiri yg menggunapakai beg kecil sebagai ganti kotak. Saya mendapatkan pandangan pengalaman orang Printing, memang ia kelihatan kurang Presentable berbanding kotak yg lebih presentable jika di jual di kedai-kedai.

Di sinilah situasi sebenar bagaimana cetakan pertama ini boleh terjadi 2 versi cetakan.

Melihatkan tindakan drastik yg saya putuskan itu (menarik 100 set cetakan), Printing di Ipoh dengan segera menyiapkan tempahan yg ada. Dalam masa 3 hari saja (bermula Isnin), ia siap dicetak pada hari Rabu. Dan 2 hari lagi siap menyusun dan memasukkan mengikut set.

Saya memberikan tarikh akhir untuk siap dipos kerana saya tidak boleh menunggu lagi. Dan akhirnya, Sabtu pagi (21 Disember 2013) 100 set cetakan sudah selamat sampai di Johor dengan menaiki bas.

Itupun, masih berlaku gelojak emosi dan 'perubahan hormon' mendadak sekali lagi apabila saya hanya diberitahu melalui SMS (jam 10.30 malam) dan sudah terlambat untuk menunggu semasa bas tiba di Larkin keesokan harinya (6 pagi) kerana saya tidak membaca mesej tersebut akibat tertidur awal malam itu.. (Nota : Deringan untuk SMS yg masuk ke telefon saya memang tidak berbunyi kuat. Saya masih menggunakan telefon 'zaman batu'.)

Mujur pemandu bas KKKL itu seorang yg jujur dan menelefon saya untuk mengambil barang yg dipesan. Dan boleh menunggu saya datang jam 8 pagi sebelum pemandu itu bergerak ke tempat lain pula pada jam 8.30 pagi. Terkocoh-kocoh saya membangunkan dan memandikan anak-anak pada pagi Sabtu itu.

Fuh!
.
.
.
.

Alhamdulillahi 'ala kulli haal.. (Tarik nafas)..

Perkongsian pengalaman di sini bukanlah untuk menuding jari mencari kesalahan di pihak mana atau sesiapa.

Ia adalah perkongsian pengalaman peribadi saya dalam proses melalui cabaran dan rintangan yg ada bagi menerbitkan Kad Imbas Khadijah yg amat menyentuh hati saya ini. Jika boleh, memang saya mahu rendahkan lagi harganya. Namun, saya percaya para pembaca dan pelanggan saya lebih bijak menilai.

Akhirnya, saya dapat mengotakan janji saya kepada semua pembeli yg kad imbas ini boleh dapat diedarkan sebelum Disember berakhir, Alhamdulillah! Syukur saya tidak terungkap lagi. Allah mengabulkan permintaan ini.

Segala puji bagi Allah yg menciptakan satu-satu kesusahan dan kepayahan itu bukan dengan sia-sia.

Di setiap kesusahan dan cabaran itu ada muhasabah untuk diri kita mencari dan meneroka jalan lain yg mungkin berbeza dari kebiasaan supaya kita sentiasa berfikir dan terus belajar daripada pengalaman ini.

Pengalaman yg berbeza dari orang lain, berbeza juga dari produk lain.

Allah sentiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada hambaNya yg berserah kepadaNya.

Maha suci Allah yg menciptakan sesuatu yg terselit di dalamnya 1001 hikmah dan ibrah yg ada pada orang lain begitu juga yg ada dalam diri kita sendiri.

Alhamdulilah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Allahu akbar!




Ulasan

Catatan Popular